Mengenai Saya

Foto saya
Jalan Dahlia 10, Taman Dahlia, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Qaseh Lya Collections menjual pelbagai jenis pakaian untuk lelaki dan wanita, aksesori, batik, telekong, wangian dsb mengikut fesyen terkini yang bertepatan dengan citarasa dan kehendak pelanggan...

OrDeR FoRm hErE :

Email Address:
Name:
Handphone number
Address
Item/Code/Qty/Price
Delivery Via Pos Laju Pos Ekspress Ambil Sendiri
Delivery Via Cimb Bank (01160089102528)
This HTML form was created by Freedback.

Khamis, 12 November 2009

Jubah kain stretchable..








Jubah kain memeri ini amat sesuai untuk wanita yang bertubuh langsing hingga sederhana. Juga sesuai pakai oleh wanita mengandung yang gemarkan gaya simple dan selesa kerana material jubah ini menggunakan kain yang sejuk dah tidak tebal...

Tudung Pelangi Batu Kilat..





Tudung Pelangi Batu Kilat yang masih hangat di pasaran ini datang dalam pelbagai warna dan dihiasi batu2 berwarna..
Bagi penggemar tudung yang simple dan mudah dipakai ini, fesyen tudung ini amat sesuai digayakan mengikut citarasa masing2...




Bantal & Toys untuk kanak-kanak

Saya nak post bantal dan toys yang amat digemari oleh kanak-kanak dan adakalanya turut menjadi kegemaran org dewasa..terutamanya kepada yang suka menyimpan bantal busuk (saper la tu...) Bantal-bantal comel ini blh juga dihadiahkan kepada org2 tersayang contohnya kepada girlfriends-boyfriends, suami-isteri dan sesiapa sahaja yang menggemari benda2 comel..
Bantal-bantal comel ini juga sesuai dijadikan hiasan dalam kereta.


Inilah antara koleksi yang terdapat di Qaseh Lya Collections:

Bantal Upin & Ipin (RM 15)-sold




Bantal Ben-10 (RM15)

Bantal botol susu & Garfields (RM 12)
Bantal CJ-7 (RM 7)
Bantal Pooh & Team (RM 15)
Anak patung kecil (RM 8)

Bantal golek (RM 10)Beg duit kartun 3 compartment (RM8)















Isnin, 9 November 2009

Hari ke 2 pembukaan.




Ni la sedikit sebanyak pandangan di Butik Qaseh Lya Collections. Gambar ni saya ambil pada hari kedua pembukaan Qaseh Lya Collections , susunan agak kucar kacir sikit kerana ni pengalaman pertama saya dan suami menyusun atur barang2 di kedai, kalau barang2 dirumah rasanya tak sesukar ini. Untuk menampakkan rak2 pakaian sedap dipandang mata ,puas jugak la kami menolak dan menarik rak2 pakaian ni ke sana-sini, dah akhirnya, inilah hasil yang kami perolehi...For my dear husband, thank you for the great job...

One Drop Perfume

Minyak Wangi Egyptian Potion atau kini lebih dikenali sebagai One Drop Perfumes semakin laris di Butik Qaseh Lya Collections dan mendapat perhatian orang yang mementingkan keterampilan diri. Dengan reka bentuk yang terkini, setiap pakej minyak wangi ini mengandungi 8 botol yang didatangkan khas dengan jenis wangian yang berbeza bagi setiap botol. Setiap botol mengandungi 2.75 ml. Harga set terbaru bagi minyak wangi ini ialah RM 40. Kini anda tidak perlu menghabiskan ratusan ringgit untuk keperluan minyak wangi anda..Apa lagi yang anda cari daripada minyak wangi lain???

Hanya Setitik Badan Wangi Sepanjang Hari

Pati Minyak Wangi Tanpa Campuran Alkohol & Air

Diinspirasikan Daripada Jenama Antarabangsa

8 Jenis Wangian Berlainan Dalam Setiap Kotak

Penggunaan Botol ‘Roll On’ Yang Mudah Dibawa

Lebih 50 kali Penggunaan Setiap Botol

Hanya RM40 Sekotak

Gifted voucher..

"You've been gifted choice" Voucher potongan RM5 untuk setiap pembelian RM50 ini saya berikan khas untuk menjemput kawan2 dan kenalan2 saya dan suami dan juga pelanggan2 kami untuk datang ke Butik Qaseh Lya Collections dan membuat pembelian ke atas pakaian dan kain2 yang kami jual. Rasanya voucher ini memang cukup berbaloi-baloi kerana sekiranya pembeli membeli kain telekung kami yang berharga RM50, selepas potongan harga telekung tersebut hanyalah RM45. Dan seterusnya sekiranya pembeli membuat pembelian sebanyak RM100, pembeli hanya perlu membayar RM90 dengan menggunakan gifted voucher ini. Ini bukan hanya sekadar promosi terhadap produk2 kami, tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakan2 dan pelanggan kami. Saya akhiri dengan satu harapan agar semua pelanggan kami berpuas hati dengan produk kami juga dengan layanan yang kami berikan

Kelahiran Qaseh Lya Collections...


Aku bersyukur ke hadrat yang Maha Esa, akhirnya apa yang aku cita-citakan bersama suami dapat direalisasikan tanggal 1 November 2009 ini. Terima kasih Ya Allah atas keizinanmu, kerana tanpa keberkatan dariNya, apa pun yang direncanakan pasti tergendala. Terima kasih juga yang tak terhingga buat suami tercinta yang sama-sama berusaha melahirkan Qaseh Lya Collections ini..Buat mama dan baba, ayah dan mak, jutaan terima kasih juga untuk kalian atas doa yang dipanjatkan. juga tidak dilupakan kepada Cik Al-Fadzlin dan En Amirul yang sama-sama memerah tenaga dan menyumbang buah fikiran untuk Qaseh Lya Collections. Last but not least, kepada ahli keluarga yang lain dan sahabat handai yang tidak dilupakan, terima kasih untuk doa-doa kalian.
Sekian, Wassalam